Monday, April 12, 2010

Caramu!

'kenapa aku perlu buat semua ini?'



itulah sedikit petikan luahan rasa ketika aku berumur 10 tahun... tapi tak pernah sapa yang tahu pun...



aku dibesarkan dalam situasi yang sangat berbeza. berbeza dr pelbagai segi.... kadang2 aku bermalam di rumah emak dan bapak.. kadang2 pulak aku dirumah tok... dua2 best.. :) walaupun tok ni dikenali umum sbg seorang yg sangat tegas dan garang tetapi aku memang tersangat selesa bila berada dgn dia... hanya orang yang mengenalinya akan mengetahui siapa dia Hajah Aishah...



berbalik kepada petikan diari aku tadi... pernah tak korang disuruh utk membuat keja2 rumah diusia 7 tahun? perlu diketahui sayang yang arwah curahkan begini rupanya... berbentuk didikan yang sangat2 berguna.. aku terlalu menghargainya... semua itu mematangkan aku menjadi seorg yang bertanggungjawab pada diri dan keluarga... menyapu sampah, mop lantai, cuci tandas, potong rumput, cuci tingkap,siram pokok bunga, cuci dinding dan banyak lagi... itulah tugas yang pernah aku lakukan sepanjang bersama arwah... ada cucu2 lain pernah bantu arwah utk lakukan tugas ini? rasanya kak ida, abang mie & faiz ada gak kena buat.. tapi aku lah yg paling byk sbb tak melawan..hehe ada ketika aku begitu cemburu bila melihat ada cucu arwah yg hanya akan dtg seminggu sekali dan ibu mereka akan bercakap2 tentang kepandaian dan kebijaksanaan anak mereka disekolah.... motif? yer lah,.. mereka mmg pandai dan bijak... tidak seperti aku yang hanya biasa2 sahaja.... aku cuma punya hati yang ikhlas untuk membantu dan membahagiakan hajah aishah... itulah lambang kasih aku pada dia..



aku juga sering tidur disisi arwah... berkongsi kisah suka dimasa mudanya.. arwah seoarang yang sgt penyayang.. dapat aku gambarkan betapa sayangnya dia pada adik nya yg aku panggil tok cik...

ok... nanti aku sambung lagi... kita biar suspend sket ok... tgu next update...hhehe

daaaa

No comments:

Post a Comment